Archive for Ogos 2010

UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI OLEH DATO’ WAN FAUZI WAN HUSIN TOKOH PERNIAGAAN SEMERAK

Advertisements

Bersama hidupkan Ramadan Di Semerak

SEMERAK – Orang ramai diminta memberi kerjasama kepada program yang menjurus kepada usaha menghidupkan Ramadan yang penuh dengan keberkatan. Ahli Dewan Undangan Negeri Semerak (ADUN), Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, masyarakat pelbagai peringkat usia perlu mengimarahkan masjid dalam bulan ini berbanding bulan lain. Menurutnya, walaupun Allah SWT turut menyediakan ganjaran ibadat pada bulan lain, namun ganjaran lebih baik menanti umat Islam yang beramal pada Ramadan. “Sekiranya kita mengetahui kelebihan bulan ini, kita akan kecewa apabila ianya akan berakhir dan tingkatkan ibadat ketika kita mempunyai kesempatan. “Kita perlu mengajak golongan muda untuk sama-sama menghidupkan Ramadan dengan melaksanakan ibadat puasa, solat Terwaih, Qiamullail dan sebagainya,” katanya. Menurutnya, langkah membentuk generasi gemilang perlu bermula awal agar golongan terbabit mencintai serta mempraktikkan nilai hidup murni selaras dengan kehendak Islam. Pihak kerajaan negeri katanya, sentiasa memberi kesedaran kepada golongan muda agar menjauhi aktiviti negatif yang bukan sahaja sia-sia malah membawa masalah kepada masyarakat. Beliau berkata demikian sebagai mengulas program Kembara Ramadan di bawah Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO ketika ditemui selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan azan Peringkat Dun Semerak. Wan Hassan berkata, pejabat ADUN Semerak mungkin akan mengadakan program Hari Raya Dun Semerak pada hari raya ketiga sebagai meraikan anak jati Semerak yang berada di perantauan. “Setiap tahun kita meraikan mereka yang rata-ratanya terdiri daripada golongan muda, kita berusaha mengekalkan semangat kekeluargaan dalam kalangan anak jati Semerak,” katanya.